Thursday 7 July 2011

INDUSTRI KOMIK/BUKU TERBAIK..


  VC KREATIF PUBLICATION SDN BHD (*dulu dikenali sebagai Global M Addworks*) telah ditubuhkan sekitar tahun 2009,berpengkalan di Sg Buloh.diterajui oleh dua anak jati yg berasal dari Segamat,Johor iaitu MAT PUTERA B HASSAN dan AZLI B ABD AZIZ (Butet).pengalaman khas dari kedua-duanya iaitu Mat Putera didalam bidang percetakkan dan juga Azli(Butet) adalah merupakan salah seorang kartunis majalah ujang sekitar tahun 1994-1997(kharisma publication).dari gabungan kedua-duanya maka terhasilah sebuah lagi produk buku negara melalui vc kreatif.mengutamakan produk-produk yg 'FRESH' dan YANG TERBAIK terutama dari pengubah,pengkarya,pelukis,pemuzik yg baru dan juga yang lama.terima kasih diatas sokongan dan kepercayaan yg diberikan.

Wednesday 6 July 2011

NOTASI GITAR KLASIK by Rafi SUHU



                                              SINOPSIS 'MELODI SEPANJANG ZAMAN'


  Ini adalah buku berbentuk koleksi muzikal pertama keluaran jenama vc kreatif publication.ia sebuah buku pembelajaran nota-nota muzik klasik yg lebih kepada latihan petikan gitar yg dihasilkan oleh seorang pemuzik profesional tempatan.Rafi Suhu adalah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik(B.Mus) dari UITM.selain berkerjaya sebagai pemuzik profesioanal beliau pernah juga terlibat    didalam beberapa program yg berbentuk ilmiah seperti ; Pembentangan Kertas Kerja 'Penulisan Lirik Dan Lagu-Program Kembara Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).Bengkel gitar anjuran Akedemi Seni Kebangsaan(ASK),Seminar Kerja Kreatif (muzik) penciptaan baru diFestival Antarabangsa Padang Panjang-Indonesia,Seminar alat-alat Tradisonal Melayu anjuran Kraftangan Malaysia.Encounter anjuran Malaysian Philharmonic Orchestra(MPO).
  Sebagai anak seni muzik tempatan yg kreatif,beliau pernah aktif sebagai pengubah Muzik kepada M.Nasir,Shima,Search,Nowseeheart,Francisca Peter,Sani Sudin,Ramli Sarip dan beberapa nama besar lain.selain klasikal dan pop,beliau juga turut bermain muzik JAZZ dan terlibat didalam beberapa persembahan seperti; RICHARD ELIOT LIVE at River Bank,kl.SYMPO Bukit Jalil,MINES RESORT JAZZ FESTIVAL,ISTANBUL JAZZ CLUB(Turki),KUCHING JAZZ FESTIVAL (Bersama Ruth Sahanaya dan Vina Panduvinata),bersama FAIRUS HUSSIEN di Mont Kiara Jazz Festival,Live With TERUMASA HINO(Pemuzik Jazz tersohor Jepun).


                                                   SINOPSIS KALUNG PUSAKA

  Mengisahkan Pak Hitam dan isterinya, Mak Busu mempunyai dua orang anak lelaki
yang baik dan rajin menolong mereka iaitu Sumadin dan Hamadun. Mereka tinggal di
dalam sebuah negeri Delima Sari yang diperintah oleh sultan yang adil saksama iaitu 
Raja Indera Kelana.

   Suatu kejadian telah berlaku lanun menyerang kampung mereka, mengakibatkan 
Pak Hitam terkorban. Mak Busu bersama Sumadin dan Hamadun melarikan ke 
dalam hutan.

  Suatu hari Mak Busu keluar ke hutan mencari pucuk kayu dan buah-buahan. Sebelum
keluar, Mak Busu menanggalkan kalung di lehernya dan memakaikan kalung itu di 
leher Sumadin. Menjelang petang Mak Busu masih belum pulang, membuatkan Sumadin
dan Hamadun semakin risau. Sumadin mencari ibunya seorang diri meninggalkan 
Hamadun di pondok mereka. Setelah puas mencari ibunya, Sumadin keletihan dan
tertidur disebatang pokok.

   Apakah yang terjadi kepada Sumadin dan adakah beliau akan menemui ibunya semula?
Ikuti kisah yang tragis ini...



S                                                       SINOPSIS DIA SAHABATKU

  Saiful  seorang  pelajar  yang  baik  dan  pandai  dalam  pelajaran terutama mata pelajaran
 Sains.Dia  jarang  lewat  kesekolah. Pada suatu hari, ibu dan  ayahnya  tidak  dapat  pulang  ke  
rumah  kerana  melawat  pakciknya yang  sedang  sakit  tenat. Saiful  terpaksa  tinggal  se
orang  diri  di rumah. Keesokkannya,  Saiful  terlewat bangun untuk ke sekolah. Dengan
tergopoh gapah menyiapkan dirinya, Saiful pergi  dengan  berjalan  kaki  kerana ter
tinggal  bas sekolah. Ketika  melintas  jalan, Saiful  dilanggar  sebuah kereta mengakibat
kan  kakinya patah. Saiful terlantar di hospital selama dua minggu

  Dengan  kakinya  yang  masih  belum  sembuh, Saiful  terpaksa  ke  sekolah dengan                                                       menggunakan  tongkat.  Di  sekolah,  Azman  dan  kawan-kawannya selalu  mengusik
dan  membulinya. Azman  pelajar  yang  nakal  dan  selalu ponteng  sekolah. Azman
irihati  terhadap  Saiful, kerana  Saiful  menjadi pelajar  kesayangan  guru-guru  sekolah.

   Suatu  kejadian  telah berlaku, Azman  telah  bergaduh  dengan  seorang  pelajar yang
lebih  besar  badannya  dari  dia.  Apakah  yang  berlaku  selepas  itu?

KOLEKSI BUKU-BUKU CERITA KANAK2 TERBAIK

       


                                                  SINOPSIS RAHSIA RUMAH KOSONG

  Pada cuti semester, tiga sahabat baik Salim, Kim Seng dan Ravi bercadang mengembara
 ke Pantai Timur melalui Negeri Pahang, kemudian ke Terengganu dan akhir sekali barulah
 pergi ke Kelantan. Mereka bersepakat ke sana dengan menumpang kereta atau lori yang
 lalu ke Pantai Timur.

  Ketika menumpang sebuah lori, pemandu lori menukar arah laluan ke dalam sebuah kebun
 getah. Pemandu lori berhenti di hadapan sebuah rumah kosong. Apakah yang terjadi selepas
 itu dan adakah mereka akan sampai ke tempat yang mereka tuju?


                              SINOPSIS KISAH PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W - 
                                        Perjalanan Hidup 65 Sahabat Rasulullah S.A.W

   Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan
 salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para 
sahabat baginda,para ambia, para syuhada, para aulia dan sekalian mukmin.

   Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah rahmat serta inayah-Nya penerbitan
buku ini dapat dilaksanakan dengan seadanya menurut terjemahan dari naskhah asal. 
Sesungguhnya usaha penerbitan buku ini adalah bagi memaparkan kisah perjuangan 
sebahagian dari para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan agama Islam
di muka bumi ini. Adalah diharapkan agar menerusi pembacaan buku ini akan menjadi
pemangkin untuk mereka yang hendak berjalan menuju Allah S.W.T., memperbaiki diri
dan dalam masa yang sama mengasihi Rasulullah s.a.w. serta para sahabat baginda.

   Mudah mengambil iktibar dan merangsang semangat untuk hidup atas dasar taqwa
 kepada Allah serta istiqomah d-mudahan menerusi pembacaan ini akan dapat menjadi 
bimbingan,alam mengerjakan amal soleh dan ketaatan.  Semoga buku ini akan menjadi
 bahan bacaan yang bermutu, berilmu lagi bermanfaat.Kepada Allah jua diserahkan segala
 urusan; dengan doa agar usaha kecil ini akan dikira sebagai amal soleh di sisi-Nya. Wassalam....
  


                                             SINOPSIS MENGENAL TIPU DAYA IBLIS

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah
 engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang 
membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendak
lah dia mendekatkan dirinya ke bumi. (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

  Buku Mengenal Tipu Daya Iblis ini memaparkan helah tipu daya iblis ke atas manusia 
samada kita sedari atau tidak sedari. Buku ini juga memaparkan cara-cara menangani tipu
 daya iblis berlandaskan syariat Islam. Semua kandungan yang dipaparkan menerusi buku ini
 dipetik dari Al-Qur’an dan Hadis serta pandangan para ulama’ muktabar.

  Adalah diharapkan, menerusi pembacaan buku ini akan timbul kesedaran kepada semua
 manusia, demi mengelakkan dari terpedaya dengan hasutan sang iblis yang sentiasa ingin 
menyesatkan umat Islam amnya.