Thursday, 7 July 2011
INDUSTRI KOMIK/BUKU TERBAIK..
Wednesday, 6 July 2011
NOTASI GITAR KLASIK by Rafi SUHU
SINOPSIS 'MELODI SEPANJANG ZAMAN'
Ini adalah buku berbentuk koleksi muzikal pertama keluaran jenama vc kreatif publication.ia sebuah buku pembelajaran nota-nota muzik klasik yg lebih kepada latihan petikan gitar yg dihasilkan oleh seorang pemuzik profesional tempatan.Rafi Suhu adalah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik(B.Mus) dari UITM.selain berkerjaya sebagai pemuzik profesioanal beliau pernah juga terlibat didalam beberapa program yg berbentuk ilmiah seperti ; Pembentangan Kertas Kerja 'Penulisan Lirik Dan Lagu-Program Kembara Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).Bengkel gitar anjuran Akedemi Seni Kebangsaan(ASK),Seminar Kerja Kreatif (muzik) penciptaan baru diFestival Antarabangsa Padang Panjang-Indonesia,Seminar alat-alat Tradisonal Melayu anjuran Kraftangan Malaysia.Encounter anjuran Malaysian Philharmonic Orchestra(MPO).
Sebagai anak seni muzik tempatan yg kreatif,beliau pernah aktif sebagai pengubah Muzik kepada M.Nasir,Shima,Search,Nowseeheart,Francisca Peter,Sani Sudin,Ramli Sarip dan beberapa nama besar lain.selain klasikal dan pop,beliau juga turut bermain muzik JAZZ dan terlibat didalam beberapa persembahan seperti; RICHARD ELIOT LIVE at River Bank,kl.SYMPO Bukit Jalil,MINES RESORT JAZZ FESTIVAL,ISTANBUL JAZZ CLUB(Turki),KUCHING JAZZ FESTIVAL (Bersama Ruth Sahanaya dan Vina Panduvinata),bersama FAIRUS HUSSIEN di Mont Kiara Jazz Festival,Live With TERUMASA HINO(Pemuzik Jazz tersohor Jepun).
SINOPSIS KALUNG PUSAKA
Mengisahkan Pak Hitam dan isterinya, Mak Busu mempunyai dua orang anak lelaki
yang baik dan rajin menolong mereka iaitu Sumadin dan Hamadun. Mereka tinggal di
dalam sebuah negeri Delima Sari yang diperintah oleh sultan yang adil saksama iaitu
Raja Indera Kelana.
Suatu kejadian telah berlaku lanun menyerang kampung mereka, mengakibatkan
Pak Hitam terkorban. Mak Busu bersama Sumadin dan Hamadun melarikan ke
dalam hutan.
Suatu hari Mak Busu keluar ke hutan mencari pucuk kayu dan buah-buahan. Sebelum
keluar, Mak Busu menanggalkan kalung di lehernya dan memakaikan kalung itu di
leher Sumadin. Menjelang petang Mak Busu masih belum pulang, membuatkan Sumadin
dan Hamadun semakin risau. Sumadin mencari ibunya seorang diri meninggalkan
Hamadun di pondok mereka. Setelah puas mencari ibunya, Sumadin keletihan dan
tertidur disebatang pokok.
Apakah yang terjadi kepada Sumadin dan adakah beliau akan menemui ibunya semula?
Ikuti kisah yang tragis ini...
S SINOPSIS DIA SAHABATKU
Saiful seorang pelajar yang baik dan pandai dalam pelajaran terutama mata pelajaran
Sains.Dia jarang lewat kesekolah. Pada suatu hari, ibu dan ayahnya tidak dapat pulang ke
rumah kerana melawat pakciknya yang sedang sakit tenat. Saiful terpaksa tinggal se
orang diri di rumah. Keesokkannya, Saiful terlewat bangun untuk ke sekolah. Dengan
tergopoh gapah menyiapkan dirinya, Saiful pergi dengan berjalan kaki kerana ter
tinggal bas sekolah. Ketika melintas jalan, Saiful dilanggar sebuah kereta mengakibat
kan kakinya patah. Saiful terlantar di hospital selama dua minggu
Dengan kakinya yang masih belum sembuh, Saiful terpaksa ke sekolah dengan menggunakan tongkat. Di sekolah, Azman dan kawan-kawannya selalu mengusik
dan membulinya. Azman pelajar yang nakal dan selalu ponteng sekolah. Azman
irihati terhadap Saiful, kerana Saiful menjadi pelajar kesayangan guru-guru sekolah.
Suatu kejadian telah berlaku, Azman telah bergaduh dengan seorang pelajar yang
lebih besar badannya dari dia. Apakah yang berlaku selepas itu?
KOLEKSI BUKU-BUKU CERITA KANAK2 TERBAIK
SINOPSIS RAHSIA RUMAH KOSONG
Pada cuti semester, tiga sahabat baik Salim, Kim Seng dan Ravi bercadang mengembara
ke Pantai Timur melalui Negeri Pahang, kemudian ke Terengganu dan akhir sekali barulah
pergi ke Kelantan. Mereka bersepakat ke sana dengan menumpang kereta atau lori yang
lalu ke Pantai Timur.
Ketika menumpang sebuah lori, pemandu lori menukar arah laluan ke dalam sebuah kebun
getah. Pemandu lori berhenti di hadapan sebuah rumah kosong. Apakah yang terjadi selepas
itu dan adakah mereka akan sampai ke tempat yang mereka tuju?
SINOPSIS KISAH PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W -
Perjalanan Hidup 65 Sahabat Rasulullah S.A.W
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para
sahabat baginda,para ambia, para syuhada, para aulia dan sekalian mukmin.
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah rahmat serta inayah-Nya penerbitan
buku ini dapat dilaksanakan dengan seadanya menurut terjemahan dari naskhah asal.
Sesungguhnya usaha penerbitan buku ini adalah bagi memaparkan kisah perjuangan
sebahagian dari para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan agama Islam
di muka bumi ini. Adalah diharapkan agar menerusi pembacaan buku ini akan menjadi
pemangkin untuk mereka yang hendak berjalan menuju Allah S.W.T., memperbaiki diri
dan dalam masa yang sama mengasihi Rasulullah s.a.w. serta para sahabat baginda.
Mudah mengambil iktibar dan merangsang semangat untuk hidup atas dasar taqwa
kepada Allah serta istiqomah d-mudahan menerusi pembacaan ini akan dapat menjadi
bimbingan,alam mengerjakan amal soleh dan ketaatan. Semoga buku ini akan menjadi
bahan bacaan yang bermutu, berilmu lagi bermanfaat.Kepada Allah jua diserahkan segala
urusan; dengan doa agar usaha kecil ini akan dikira sebagai amal soleh di sisi-Nya. Wassalam....
SINOPSIS MENGENAL TIPU DAYA IBLIS
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah
engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang
membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendak
lah dia mendekatkan dirinya ke bumi.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)
Buku Mengenal Tipu Daya Iblis ini memaparkan helah tipu daya iblis ke atas manusia
samada kita sedari atau tidak sedari. Buku ini juga memaparkan cara-cara menangani tipu
daya iblis berlandaskan syariat Islam. Semua kandungan yang dipaparkan menerusi buku ini
dipetik dari Al-Qur’an dan Hadis serta pandangan para ulama’ muktabar.
Adalah diharapkan, menerusi pembacaan buku ini akan timbul kesedaran kepada semua
manusia, demi mengelakkan dari terpedaya dengan hasutan sang iblis yang sentiasa ingin
menyesatkan umat Islam amnya.
KOLEKSI BUKU-BUKU AGAMA/ILMIAH
SINOPSIS 25 KISAH PARA SAHABAT NABI DAN RASUL
Allah S.W.T. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadany a."(Al-Ahzab: 56)
Buku 25 Kisah Para Nabi Dan Rasul ini memaparkan kisah perjuangan para Nabi dan Rasul dalam usaha mereka menyebarkan dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok bumi. Semua kisah yang dipaparkan menerusi buku ini dipetik dari Al-Qur’an dan Hadis serta pandangan para ulama’ muktabar.
Adalah diharapkan, menerusi pembacaan buku ini akan timbul penghayatan terhadap perjuangan suci para Nabi dan Rasul, juga dapat mengambil iktibar bagi memantapkan keimanan.
My HAPPY TREE tajuk Novel Sulung Vokalis ABOT
SINOPSIS MY HAPPY TREE
Kisah berkisar tentang pengorbanan anak kepada ibu dan bapa. Isteri kepada suami dan percintaan antara kekasih. Demi membalas kasih ibu dan bapa angkatnya iaitu Han Jie Yoon dan Lau Chung Hwa. Hanson ingin menderma mata kepada bapanya yang buta. Agar untuk sekalian terakhir bapanya dapat melihat wajah ibu yang nazak kerana sakit kanser. Pohon bogor bukan sahaja merupakan perlambangan percintaan Lau Chung Hwa dan Han Jie Yoon tetapi juga menjadi saksi percintaan Hanson dan Karmila yang terhalang. Percintaan mereka terhalang kerana Hanson disangka anak tabung uji dari sperma yang pernah diderma oleh bapa Karmila, iaitu Dr Akhil. Namun ada kekeliruan berlaku pada DNA Hanson menimbulkan konflik. Dr Akhil terpaksa menghalang percintaan Hanson dan Karmila kerana takut mereka mempunyai talian muhrim.
Thursday, 30 June 2011
KERJASAMA ANTARA VC & VOKALIST ABOT
Kerjasama sulong diantara penyanyi ABOT dan VC PUBLICATION yang akan menerbitkan novel remaja pertama beliau dan VC KREATIF.semoga dengan terbitnya MY HAPPY TREE akan bertambahlah koleksi-koleksi terbaik novel remaja negara.ini bukanlah novel pertama dari beliau,malah sudah belasan yg telah berada dipasaran.Penyanyi yg suatu masa dulu terkenal dengan album pertamanya iaitu 'Alternatif Buat Orang Timur' begitu sibuk dan bertungkus lumus untuk menyiapkan banyak lagi novel dibawah label edisi novel remaja vc kreatif.
Monday, 27 June 2011
IMPIAN SANG KATAK
Penulis Oleh : Mazemie Maz
Illustrasi Oleh : Emet
Impian Sang Katak adalah merupakan sebuah kisah teladan yang sangat menarik dan banyak pengajaran yang harus dicontohi didalamnya.berkisarkan kehidupan sekawan haiwan didalam kehidupan seharian mereka.jika dibaca dan diteliti sepenuhnya banyak persamaan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.bagus untuk menjana minda anak-anak anda.tak rugi memilikinya kerana ianya adalah sebuah naskah ilmu untuk diri kita semua.jangan ketinggalan untuk memilikinya!..dapatkan sebuah sekarang..
SINOPSIS
Mengisahkan impian Katak Hijau untuk menjadi seperti ‘ular’ supaya tidak diganggu binatang berbisa itu. Adakah impiannya itu akan menjadi realiti?...
CEMAS DIPULAU ANGKASA
Penulis Oleh: Mazemie Maz
Illustrasi Oleh: Cocoon
Sebuah lagi hasil karya yang berkualiti dari saudara Mazemie Maz dan illustrasi dalamnya pula dari pelukis baru yang sedang meningkat naik iaitu saudara Cocoon.Buku ini menceritakan dunia fiksyen kanak-kanak yang bertemakan makhluk asing dan angkasa lepas.kisah persahabatan dan keakraban sahabat yang harus dicontohi.ianya amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak yang sedang meningkat naik.
SINOPSIS
Ketika Hardi, Sarjit dan Hardiana sedang leka bermain layang-layang, tiba-tiba satu pancaran cahaya muncul dari langit. Sebuah kapal angkasa mendarat ke bumi. Keluar dua buah robot yang memiliki senjata canggih. Dua robot itu mengarahkan Hardi, Sarjit dan Hardiana menaiki kapal angkasa. Mereka dibawa ke sebuah ‘Pulau Angkasa’.
Apakah tujuan mereka dibawa ke ‘Pulau Angkasa’ dan adakah mereka akan ‘terperangkap’ di pulau itu buat selama-lamanya?
SIRI BUKU BACAAN MINDA KANAK-KANAK TERBAIK
PEDANG SAKTI DIGUA BERAPIT
Penulis Oleh: Mazemie Maz
Illustrasi Oleh: Zainal Buang Hussien
Antara karya penulisan terbaik saudara Mazemie Maz dan gabungan pelukis illustrasi OTAI iaitu Saudara Hj Zainal Buang Hussien,kedua-duanya merupakan karyawan dan kartunis di Creative Enterprise suatu ketika dahulu.Buku ini adalah baik untuk anak-anak yg sedang meningkat naik dan disamping itu juga ianya penuh dengan jalan cerita yg baik yg juga penuh dengan kisah teladan yg boleh diikuti oleh anak-anak anda.
SINOPSIS
Sultan Alam Buana Megapura mempunyai dua orang putera kembar, Putera Buana Megapura dan Putera Buana Cendana. Salah seorang daripada mereka akan mengambil alih tahtanya. Namun baginda tidak ingin salah seorang berkecil hati apabila tidak dilantik menjadi sultan.
Pada suatu malam, baginda bermimpi didatangi oleh seorang ‘dewa’ yang tinggal di dalam sebuah Gua Berapit. ‘Dewa’ tersebut memberitahu kepada Sultan Alam Buana Megapura bagaimana cara menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Terdapat sebilah Pedang Sakti diperbuat daripada emas yang dijaga oleh Jin Buragas di dalam Gua tersebut. ‘Dewa’ tersebut mencadangkan sesiapa yang berjaya mengambil Pedang Sakti tersebut, dialah yang layak dilantik menjadi Sultan.
Adakah Putera Buana Megapura dan Putera Buana Cendana akan berjaya mendapatkan Pedang Sakti daripada Jin Buragas yang besar dan kuat itu? Dan siapakah yang akan dilantik menjadi sultan di negeri Cendana Megapura?...
*Dapatkan segera dipasaran untuk anak-anak anda sekarang!!..
IKLAN VC
Diantara produk-produk yg diiklankan dari VC KREATIF PUBLICATION SDN BHD di akhbar-akhbar utama negara bermula julai ini.pengedar tunggal buku-buku bagi setiap daerah dan juga negeri ini juga sedang dicari,komisyen jualan yg tinggi sehingga 30%,kerjasama dari pihak syarikat dari segi promosi(sykt akan membantu urusan promosi jualan dimana sahaja didalam msia). *KEPADA YG BERMINAT BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK SYARIKAT YG DISEDIAKAN*.
KOMIK SULONG 'MEGAJAT' oleh MASKEY
Bagi mereka yg lebih berminat kepada komik yg berbentuk AKSI,FIKSYEN dan ROBOTIC inilah satu-satunya komik yg bertemakan sedemikian.Maskey adalah satu nama baru yg berbakat besar didalam industri komik ini.anak kelahiran Ayer Itam,Pulau Pinang ni adalah merupakan seorang yg berjiwa dan berbakat besar walaupun bertubuh kecil molek dalam industri komik negara ni.dilahirkan pada tanggal 29-0gos 1989 ni dan merupakan anak sulong dan harapan keluarganya..MEGAJAT bukanlah karya pertama beliau dalam industri komik ni..tetapi disini semua komik yg dihasilkan mestilah berkualiti dan memastikan piawaian(hehehe..)moga dengan terbitnya komik MEGAJAT ini akan memenuhi kehendak siri komik-komik negara dan juga dimata dunia.
SINOPSIS
Walaupun Ijat merupakan seorang pelajar yg sering dibuli dan dikutuk sebagai budak pengecut,namun Ijat telah ditakdirkan utk memiliki dan melindungi senjata MONSKEY.Ijat telah berupaya menunjukkan kemampuan dirinya utk melindungi kawan-kawan dan masyarakat sekelilingnya.berbagai cabaran hebat yg dilakukan oleh musuh utk merampas senjata MONSKEY itu.
Apakah Ijat mampu menghadapi cabaran pahit getir yg datang secara tibe-tiba ini?..dan apakah Ijat akan menunjukkan keberaniannya utk menentang musuh-musuh yg nekad utk merampas senjata MONSKEY itu darinya?sama-samalah kita mengikuti kisah futuristik yg amat luar biasa ini...sekarang telah berada dipasaran!jangan ketinggalan utk menyimpan koleksi hebat ini.
SINOPSIS
Walaupun Ijat merupakan seorang pelajar yg sering dibuli dan dikutuk sebagai budak pengecut,namun Ijat telah ditakdirkan utk memiliki dan melindungi senjata MONSKEY.Ijat telah berupaya menunjukkan kemampuan dirinya utk melindungi kawan-kawan dan masyarakat sekelilingnya.berbagai cabaran hebat yg dilakukan oleh musuh utk merampas senjata MONSKEY itu.
Apakah Ijat mampu menghadapi cabaran pahit getir yg datang secara tibe-tiba ini?..dan apakah Ijat akan menunjukkan keberaniannya utk menentang musuh-musuh yg nekad utk merampas senjata MONSKEY itu darinya?sama-samalah kita mengikuti kisah futuristik yg amat luar biasa ini...sekarang telah berada dipasaran!jangan ketinggalan utk menyimpan koleksi hebat ini.
ANTOLOGI KOMIK SERAM oleh COCOON
Sebuah lagi komik generasi baru,segar dan berkualiti..'ANTOLOGI KOMIK SERAM' oleh penulis/pelukis COCOON kini sedang hangat dipasaran.beliau merupakan pasangan kembar seiras kepada pasangannya juga pelukis 'CINTA KOMIK' iaitu saudara EMET. Cocoon merupakan seorang perintis baru didalam lukisan komik negara.berkat dari kesabaran dan kesungguhan dan komitmen yg ditunjukkan maka akhirnya beliau juga telah berjaya membuahkan hasil yg tampak telus dan teliti.begitu juga Emet,cocoon juga adalah seorang yg berbakat besar didalam bidang perkomikan ini.tidak sia-sialah dari kesungguhan beliau akhirnya terbitlah 'ANTOLOGI KOMIK SERAM'.
Anak kelahiran Felda Padang Piol,Jerantut Pahang ini kini sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan komik beliau seterusnya..dan difahamkan baru tiga(3) hari dipasarkan komik beliau telah terjual sebanyak tiga ribu naskah..itu adalah satu tanda permulaan yg baik untuk seorang pengkarya dan juga industri komik negara..insyaallah!!
SINOPSIS
Himpunan tujuh(7) cerita-cerita misteri dan seram didalam sebuah komik yg unik.pasti ianya akan menjadi koleksi terbaik anda abad ini.antara cerita-ceritanya adalah,.....HOSPITAL LAMA - Kisah lima orang pemuda yg ingin menguji keberanian mereka dengan menjejaki hantu disebuah hospital lama.
PENANGGAL - Seorang pemuda tidak mengetahui ada 'benda lain' yg mengikutinya sepanjang perjalanan balik kerumah.
HANTU DALAM BILIK - Aboy yg kusyuk bermain dengan robot kesayangannya,namun ada sesuatu yg ingin bermain dengannya!..
KERANA MULUT - Kerana tidak menghormati seorang tua,syira..dibelengu sebuah misteri..
PANTANG LARANG - Akibat melanggar pantang,Yazid menerima padahnya..
IRI HATI - Kisah berkenaan dua gadis yg mempunyai iri hati dan hasad dengki diantara satu sama lain,namun perbuatannya itu memakan diri sendiri..
HISTERIA - Liza tidak mengetahui sejarah silam keluarganya itu yg selama ini mempunyai saka dan terus berdamping dengannya selamanya.
Dapatkanya dipasaran sekarang!!jadikanya sebagai koleksi peribadi anda..
Subscribe to:
Posts (Atom)