Thursday, 7 July 2011
INDUSTRI KOMIK/BUKU TERBAIK..
Wednesday, 6 July 2011
NOTASI GITAR KLASIK by Rafi SUHU
SINOPSIS 'MELODI SEPANJANG ZAMAN'
Ini adalah buku berbentuk koleksi muzikal pertama keluaran jenama vc kreatif publication.ia sebuah buku pembelajaran nota-nota muzik klasik yg lebih kepada latihan petikan gitar yg dihasilkan oleh seorang pemuzik profesional tempatan.Rafi Suhu adalah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik(B.Mus) dari UITM.selain berkerjaya sebagai pemuzik profesioanal beliau pernah juga terlibat didalam beberapa program yg berbentuk ilmiah seperti ; Pembentangan Kertas Kerja 'Penulisan Lirik Dan Lagu-Program Kembara Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).Bengkel gitar anjuran Akedemi Seni Kebangsaan(ASK),Seminar Kerja Kreatif (muzik) penciptaan baru diFestival Antarabangsa Padang Panjang-Indonesia,Seminar alat-alat Tradisonal Melayu anjuran Kraftangan Malaysia.Encounter anjuran Malaysian Philharmonic Orchestra(MPO).
Sebagai anak seni muzik tempatan yg kreatif,beliau pernah aktif sebagai pengubah Muzik kepada M.Nasir,Shima,Search,Nowseeheart,Francisca Peter,Sani Sudin,Ramli Sarip dan beberapa nama besar lain.selain klasikal dan pop,beliau juga turut bermain muzik JAZZ dan terlibat didalam beberapa persembahan seperti; RICHARD ELIOT LIVE at River Bank,kl.SYMPO Bukit Jalil,MINES RESORT JAZZ FESTIVAL,ISTANBUL JAZZ CLUB(Turki),KUCHING JAZZ FESTIVAL (Bersama Ruth Sahanaya dan Vina Panduvinata),bersama FAIRUS HUSSIEN di Mont Kiara Jazz Festival,Live With TERUMASA HINO(Pemuzik Jazz tersohor Jepun).
SINOPSIS KALUNG PUSAKA
Mengisahkan Pak Hitam dan isterinya, Mak Busu mempunyai dua orang anak lelaki
yang baik dan rajin menolong mereka iaitu Sumadin dan Hamadun. Mereka tinggal di
dalam sebuah negeri Delima Sari yang diperintah oleh sultan yang adil saksama iaitu
Raja Indera Kelana.
Suatu kejadian telah berlaku lanun menyerang kampung mereka, mengakibatkan
Pak Hitam terkorban. Mak Busu bersama Sumadin dan Hamadun melarikan ke
dalam hutan.
Suatu hari Mak Busu keluar ke hutan mencari pucuk kayu dan buah-buahan. Sebelum
keluar, Mak Busu menanggalkan kalung di lehernya dan memakaikan kalung itu di
leher Sumadin. Menjelang petang Mak Busu masih belum pulang, membuatkan Sumadin
dan Hamadun semakin risau. Sumadin mencari ibunya seorang diri meninggalkan
Hamadun di pondok mereka. Setelah puas mencari ibunya, Sumadin keletihan dan
tertidur disebatang pokok.
Apakah yang terjadi kepada Sumadin dan adakah beliau akan menemui ibunya semula?
Ikuti kisah yang tragis ini...
S SINOPSIS DIA SAHABATKU
Saiful seorang pelajar yang baik dan pandai dalam pelajaran terutama mata pelajaran
Sains.Dia jarang lewat kesekolah. Pada suatu hari, ibu dan ayahnya tidak dapat pulang ke
rumah kerana melawat pakciknya yang sedang sakit tenat. Saiful terpaksa tinggal se
orang diri di rumah. Keesokkannya, Saiful terlewat bangun untuk ke sekolah. Dengan
tergopoh gapah menyiapkan dirinya, Saiful pergi dengan berjalan kaki kerana ter
tinggal bas sekolah. Ketika melintas jalan, Saiful dilanggar sebuah kereta mengakibat
kan kakinya patah. Saiful terlantar di hospital selama dua minggu
Dengan kakinya yang masih belum sembuh, Saiful terpaksa ke sekolah dengan menggunakan tongkat. Di sekolah, Azman dan kawan-kawannya selalu mengusik
dan membulinya. Azman pelajar yang nakal dan selalu ponteng sekolah. Azman
irihati terhadap Saiful, kerana Saiful menjadi pelajar kesayangan guru-guru sekolah.
Suatu kejadian telah berlaku, Azman telah bergaduh dengan seorang pelajar yang
lebih besar badannya dari dia. Apakah yang berlaku selepas itu?
KOLEKSI BUKU-BUKU CERITA KANAK2 TERBAIK
SINOPSIS RAHSIA RUMAH KOSONG
Pada cuti semester, tiga sahabat baik Salim, Kim Seng dan Ravi bercadang mengembara
ke Pantai Timur melalui Negeri Pahang, kemudian ke Terengganu dan akhir sekali barulah
pergi ke Kelantan. Mereka bersepakat ke sana dengan menumpang kereta atau lori yang
lalu ke Pantai Timur.
Ketika menumpang sebuah lori, pemandu lori menukar arah laluan ke dalam sebuah kebun
getah. Pemandu lori berhenti di hadapan sebuah rumah kosong. Apakah yang terjadi selepas
itu dan adakah mereka akan sampai ke tempat yang mereka tuju?
SINOPSIS KISAH PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W -
Perjalanan Hidup 65 Sahabat Rasulullah S.A.W
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para
sahabat baginda,para ambia, para syuhada, para aulia dan sekalian mukmin.
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah rahmat serta inayah-Nya penerbitan
buku ini dapat dilaksanakan dengan seadanya menurut terjemahan dari naskhah asal.
Sesungguhnya usaha penerbitan buku ini adalah bagi memaparkan kisah perjuangan
sebahagian dari para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan agama Islam
di muka bumi ini. Adalah diharapkan agar menerusi pembacaan buku ini akan menjadi
pemangkin untuk mereka yang hendak berjalan menuju Allah S.W.T., memperbaiki diri
dan dalam masa yang sama mengasihi Rasulullah s.a.w. serta para sahabat baginda.
Mudah mengambil iktibar dan merangsang semangat untuk hidup atas dasar taqwa
kepada Allah serta istiqomah d-mudahan menerusi pembacaan ini akan dapat menjadi
bimbingan,alam mengerjakan amal soleh dan ketaatan. Semoga buku ini akan menjadi
bahan bacaan yang bermutu, berilmu lagi bermanfaat.Kepada Allah jua diserahkan segala
urusan; dengan doa agar usaha kecil ini akan dikira sebagai amal soleh di sisi-Nya. Wassalam....
SINOPSIS MENGENAL TIPU DAYA IBLIS
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah
engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang
membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendak
lah dia mendekatkan dirinya ke bumi.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)
Buku Mengenal Tipu Daya Iblis ini memaparkan helah tipu daya iblis ke atas manusia
samada kita sedari atau tidak sedari. Buku ini juga memaparkan cara-cara menangani tipu
daya iblis berlandaskan syariat Islam. Semua kandungan yang dipaparkan menerusi buku ini
dipetik dari Al-Qur’an dan Hadis serta pandangan para ulama’ muktabar.
Adalah diharapkan, menerusi pembacaan buku ini akan timbul kesedaran kepada semua
manusia, demi mengelakkan dari terpedaya dengan hasutan sang iblis yang sentiasa ingin
menyesatkan umat Islam amnya.
KOLEKSI BUKU-BUKU AGAMA/ILMIAH
SINOPSIS 25 KISAH PARA SAHABAT NABI DAN RASUL
Allah S.W.T. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadany a."(Al-Ahzab: 56)
Buku 25 Kisah Para Nabi Dan Rasul ini memaparkan kisah perjuangan para Nabi dan Rasul dalam usaha mereka menyebarkan dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok bumi. Semua kisah yang dipaparkan menerusi buku ini dipetik dari Al-Qur’an dan Hadis serta pandangan para ulama’ muktabar.
Adalah diharapkan, menerusi pembacaan buku ini akan timbul penghayatan terhadap perjuangan suci para Nabi dan Rasul, juga dapat mengambil iktibar bagi memantapkan keimanan.
My HAPPY TREE tajuk Novel Sulung Vokalis ABOT
SINOPSIS MY HAPPY TREE
Kisah berkisar tentang pengorbanan anak kepada ibu dan bapa. Isteri kepada suami dan percintaan antara kekasih. Demi membalas kasih ibu dan bapa angkatnya iaitu Han Jie Yoon dan Lau Chung Hwa. Hanson ingin menderma mata kepada bapanya yang buta. Agar untuk sekalian terakhir bapanya dapat melihat wajah ibu yang nazak kerana sakit kanser. Pohon bogor bukan sahaja merupakan perlambangan percintaan Lau Chung Hwa dan Han Jie Yoon tetapi juga menjadi saksi percintaan Hanson dan Karmila yang terhalang. Percintaan mereka terhalang kerana Hanson disangka anak tabung uji dari sperma yang pernah diderma oleh bapa Karmila, iaitu Dr Akhil. Namun ada kekeliruan berlaku pada DNA Hanson menimbulkan konflik. Dr Akhil terpaksa menghalang percintaan Hanson dan Karmila kerana takut mereka mempunyai talian muhrim.
Subscribe to:
Posts (Atom)