Wednesday 6 July 2011



                                                   SINOPSIS KALUNG PUSAKA

  Mengisahkan Pak Hitam dan isterinya, Mak Busu mempunyai dua orang anak lelaki
yang baik dan rajin menolong mereka iaitu Sumadin dan Hamadun. Mereka tinggal di
dalam sebuah negeri Delima Sari yang diperintah oleh sultan yang adil saksama iaitu 
Raja Indera Kelana.

   Suatu kejadian telah berlaku lanun menyerang kampung mereka, mengakibatkan 
Pak Hitam terkorban. Mak Busu bersama Sumadin dan Hamadun melarikan ke 
dalam hutan.

  Suatu hari Mak Busu keluar ke hutan mencari pucuk kayu dan buah-buahan. Sebelum
keluar, Mak Busu menanggalkan kalung di lehernya dan memakaikan kalung itu di 
leher Sumadin. Menjelang petang Mak Busu masih belum pulang, membuatkan Sumadin
dan Hamadun semakin risau. Sumadin mencari ibunya seorang diri meninggalkan 
Hamadun di pondok mereka. Setelah puas mencari ibunya, Sumadin keletihan dan
tertidur disebatang pokok.

   Apakah yang terjadi kepada Sumadin dan adakah beliau akan menemui ibunya semula?
Ikuti kisah yang tragis ini...

No comments:

Post a Comment