Thursday 30 June 2011

KERJASAMA ANTARA VC & VOKALIST ABOT

  Kerjasama sulong diantara penyanyi ABOT dan VC PUBLICATION yang akan menerbitkan novel remaja pertama beliau dan VC KREATIF.semoga dengan terbitnya MY HAPPY TREE akan bertambahlah koleksi-koleksi terbaik novel remaja negara.ini bukanlah novel pertama dari beliau,malah sudah belasan yg telah berada dipasaran.Penyanyi yg suatu masa dulu terkenal dengan album pertamanya iaitu 'Alternatif Buat Orang Timur' begitu sibuk dan bertungkus lumus untuk menyiapkan banyak lagi novel dibawah label edisi novel remaja vc kreatif.

Monday 27 June 2011

PENGGERAK UTAMA VC KREATIF


                                                           IMPIAN SANG KATAK
                                                         Penulis Oleh : Mazemie Maz
                                                       Illustrasi Oleh : Emet

  Impian Sang Katak adalah merupakan sebuah kisah teladan yang sangat menarik dan banyak pengajaran yang harus dicontohi didalamnya.berkisarkan kehidupan sekawan haiwan  didalam kehidupan seharian mereka.jika dibaca dan diteliti sepenuhnya banyak persamaan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.bagus untuk menjana minda anak-anak anda.tak rugi memilikinya kerana ianya adalah sebuah naskah ilmu untuk diri kita semua.jangan ketinggalan untuk memilikinya!..dapatkan sebuah sekarang..

                                                                SINOPSIS

  Mengisahkan impian Katak Hijau untuk menjadi seperti ‘ular’ supaya tidak diganggu binatang berbisa itu. Adakah impiannya itu akan menjadi realiti?...

                                                       CEMAS DIPULAU ANGKASA
                                                         Penulis Oleh: Mazemie Maz
                                                       Illustrasi Oleh: Cocoon

  Sebuah lagi hasil karya yang berkualiti dari saudara Mazemie Maz dan illustrasi dalamnya pula dari pelukis baru yang sedang meningkat naik iaitu saudara Cocoon.Buku ini menceritakan dunia fiksyen kanak-kanak yang bertemakan makhluk asing dan angkasa lepas.kisah persahabatan dan keakraban sahabat yang harus dicontohi.ianya amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak yang sedang meningkat naik.

                                                               SINOPSIS

Ketika Hardi, Sarjit dan Hardiana sedang leka bermain layang-layang, tiba-tiba satu pancaran cahaya muncul dari langit. Sebuah kapal angkasa mendarat ke bumi. Keluar dua buah robot yang memiliki senjata canggih. Dua robot itu mengarahkan Hardi, Sarjit dan Hardiana menaiki kapal angkasa. Mereka dibawa ke sebuah ‘Pulau Angkasa’.

Apakah tujuan mereka dibawa ke ‘Pulau Angkasa’ dan adakah mereka akan terperangkap di pulau itu buat selama-lamanya?

SIRI BUKU BACAAN MINDA KANAK-KANAK TERBAIK


                                                     PEDANG SAKTI DIGUA BERAPIT
                                                             Penulis Oleh: Mazemie Maz
                                                           Illustrasi Oleh: Zainal Buang Hussien

  Antara karya penulisan terbaik saudara Mazemie Maz dan gabungan pelukis illustrasi OTAI iaitu Saudara Hj Zainal Buang Hussien,kedua-duanya merupakan karyawan dan kartunis di Creative Enterprise suatu ketika dahulu.Buku ini adalah baik untuk anak-anak yg sedang meningkat naik dan disamping itu juga ianya penuh dengan jalan cerita yg baik yg juga penuh dengan kisah teladan yg boleh diikuti oleh anak-anak anda.

                                                                SINOPSIS

  Sultan Alam Buana  Megapura  mempunyai  dua  orang  putera  kembar, Putera Buana Megapura  dan  Putera  Buana  Cendana. Salah  seorang  daripada mereka  akan mengambil  alih  tahtanya.  Namun  baginda  tidak  ingin salah seorang berkecil  hati  apabila  tidak dilantik  menjadi  sultan.

  Pada   suatu  malam, baginda  bermimpi   didatangi  oleh seorang  dewa yang   tinggal   di  dalam   sebuah   Gua  Berapit. ‘Dewa’  tersebut  memberitahu kepada  Sultan  Alam  Buana  Megapura  bagaimana  cara menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Terdapat  sebilah  Pedang Sakti  diperbuat  daripada  emas  yang dijaga  oleh  Jin Buragas  di dalam Gua tersebut. ‘Dewa  tersebut  mencadangkan  sesiapa  yang berjaya  mengambil    Pedang Sakti   tersebut, dialah yang layak dilantik  menjadi  Sultan.

  Adakah Putera Buana Megapura  dan  Putera  Buana  Cendana  akan berjaya mendapatkan  Pedang Sakti  daripada Jin Buragas yang besar dan kuat itu? Dan siapakah  yang akan dilantik menjadi sultan di negeri Cendana Megapura?...





 *Dapatkan segera dipasaran untuk anak-anak anda sekarang!!..

IKLAN VC

Diantara produk-produk yg diiklankan dari VC KREATIF PUBLICATION SDN BHD di akhbar-akhbar utama negara bermula julai ini.pengedar tunggal buku-buku bagi setiap daerah dan juga negeri ini juga sedang dicari,komisyen jualan yg tinggi sehingga 30%,kerjasama dari pihak syarikat dari segi promosi(sykt akan membantu urusan promosi jualan dimana sahaja didalam msia).                 *KEPADA YG BERMINAT BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK SYARIKAT YG DISEDIAKAN*.

KOMIK SULONG 'MEGAJAT' oleh MASKEY

  Bagi mereka yg lebih berminat kepada komik yg berbentuk AKSI,FIKSYEN dan ROBOTIC inilah satu-satunya komik yg bertemakan sedemikian.Maskey adalah satu nama baru yg berbakat besar didalam industri komik ini.anak kelahiran Ayer Itam,Pulau Pinang ni adalah merupakan seorang yg berjiwa dan berbakat besar walaupun bertubuh kecil molek dalam industri komik negara ni.dilahirkan pada tanggal 29-0gos 1989 ni dan merupakan anak sulong dan harapan keluarganya..MEGAJAT bukanlah karya pertama beliau dalam industri komik ni..tetapi disini semua komik yg dihasilkan mestilah berkualiti dan memastikan piawaian(hehehe..)moga dengan terbitnya komik MEGAJAT ini akan memenuhi kehendak siri komik-komik negara dan juga dimata dunia.

                                                                   SINOPSIS
 Walaupun Ijat merupakan seorang pelajar yg sering dibuli dan dikutuk sebagai budak pengecut,namun Ijat telah ditakdirkan utk memiliki dan melindungi senjata MONSKEY.Ijat telah berupaya menunjukkan kemampuan dirinya utk melindungi kawan-kawan dan masyarakat sekelilingnya.berbagai cabaran hebat yg dilakukan oleh musuh utk merampas senjata MONSKEY itu.
  Apakah Ijat mampu menghadapi cabaran pahit getir yg datang secara tibe-tiba ini?..dan apakah Ijat akan menunjukkan keberaniannya utk menentang musuh-musuh yg nekad utk merampas senjata MONSKEY itu darinya?sama-samalah kita mengikuti kisah futuristik  yg amat luar biasa ini...sekarang telah berada dipasaran!jangan ketinggalan utk menyimpan koleksi hebat ini.

ANTOLOGI KOMIK SERAM oleh COCOON


  Sebuah lagi komik generasi baru,segar dan berkualiti..'ANTOLOGI KOMIK SERAM' oleh penulis/pelukis COCOON kini sedang hangat dipasaran.beliau merupakan pasangan kembar seiras kepada pasangannya juga pelukis 'CINTA KOMIK' iaitu saudara EMET. Cocoon merupakan seorang perintis baru didalam lukisan komik negara.berkat dari kesabaran dan kesungguhan dan komitmen yg ditunjukkan maka akhirnya beliau juga telah berjaya membuahkan hasil yg tampak telus dan teliti.begitu juga Emet,cocoon juga adalah seorang yg berbakat besar didalam bidang perkomikan ini.tidak sia-sialah dari kesungguhan beliau akhirnya terbitlah 'ANTOLOGI KOMIK SERAM'.
 Anak kelahiran Felda Padang Piol,Jerantut Pahang ini kini sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan komik beliau seterusnya..dan difahamkan baru tiga(3) hari dipasarkan komik beliau telah terjual sebanyak tiga ribu naskah..itu adalah satu tanda permulaan yg baik untuk seorang pengkarya dan juga industri komik negara..insyaallah!!

                                                              SINOPSIS
 Himpunan tujuh(7) cerita-cerita misteri dan seram didalam sebuah komik yg unik.pasti ianya akan menjadi koleksi terbaik anda abad ini.antara cerita-ceritanya adalah,.....
        HOSPITAL LAMA - Kisah lima orang pemuda yg ingin menguji keberanian mereka dengan     menjejaki hantu disebuah hospital lama.
        PENANGGAL - Seorang pemuda tidak mengetahui ada 'benda lain' yg mengikutinya sepanjang perjalanan balik kerumah.
        HANTU DALAM BILIK - Aboy yg kusyuk bermain dengan robot kesayangannya,namun ada sesuatu yg ingin bermain dengannya!..
        KERANA MULUT - Kerana tidak menghormati seorang tua,syira..dibelengu sebuah misteri..
        PANTANG LARANG - Akibat melanggar pantang,Yazid menerima padahnya..
        IRI HATI - Kisah berkenaan dua gadis yg mempunyai iri hati dan hasad dengki diantara satu sama lain,namun perbuatannya itu memakan diri sendiri..
        HISTERIA - Liza tidak mengetahui sejarah silam keluarganya itu yg selama ini mempunyai saka dan terus berdamping dengannya selamanya.
 Dapatkanya dipasaran sekarang!!jadikanya sebagai koleksi peribadi anda..

KELUARAN SULUNG 'CINTA KOMIK'

 Karya terbaik dari seorang pelukis komik tanah air yg terlalu baru dan 'fresh',begitu menjiwai dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan karya terbaik beliau.Pelukis baru  hebat  yg berasal dari Jerantut,Pahang,kelahiran anak felda Padang Piol ini begitu teliti didalam setiap hasil kerjanya,tahap ketahanan kesabaran dan sanggup menerima segala kutukan dan tunjuk ajar yg diberikan,akhirnya berbaloi setelah terbitnya karya sulong beliau yg berjudul 'CINTA KOMIK'.diharap kepada semua pembaca yg telah membeli dan akan membeli komik hasil beliau akan dapat berkongsi segala ilmu dan pendapat kepada beliau.semoga dengan pandangan dari semua ianya akan dapat menceriakan industri komik negara dan mata komik dunia..insyaallahhh...!

                                                           SINOPSIS;

  DENI dan MID adalah sahabat baik dan juga mempunyai kerjaya yg baik,namun mereka belum pernah memiliki 'insan yg teristimewa' yg layak digelar kekasih.perpindahan mereka ke rumah baru malah berjiran pula dengan dua orang gadis manis yg bernama RINA dan LIN cukup bermakna dan membahagiakan mereka berdua.
 RINA yg begitu meminati komik dari hasil karya KOKUN,tetapi tidak pernah berkesempatan untuk mengenali pelukis itu.dan siapakah sebenarnya pelukis itu!namun sesuatu yg tidak dijangka telah berlaku kepada RINA ketika dia menyambut hari ulang tahunnya.
 Apakah yg telah terjadi sebenarnya?..sesuatu yg tidak dijangka?..alamilah kisah yg penuh dengan bait2 cinta yg tulus ikhlas ini hanya dari 'CINTA KOMIK'.. dapatkanya dikedai-kedai buku berhampiran sekarang..jangan ketinggalan!!