Monday 27 June 2011

ANTOLOGI KOMIK SERAM oleh COCOON


  Sebuah lagi komik generasi baru,segar dan berkualiti..'ANTOLOGI KOMIK SERAM' oleh penulis/pelukis COCOON kini sedang hangat dipasaran.beliau merupakan pasangan kembar seiras kepada pasangannya juga pelukis 'CINTA KOMIK' iaitu saudara EMET. Cocoon merupakan seorang perintis baru didalam lukisan komik negara.berkat dari kesabaran dan kesungguhan dan komitmen yg ditunjukkan maka akhirnya beliau juga telah berjaya membuahkan hasil yg tampak telus dan teliti.begitu juga Emet,cocoon juga adalah seorang yg berbakat besar didalam bidang perkomikan ini.tidak sia-sialah dari kesungguhan beliau akhirnya terbitlah 'ANTOLOGI KOMIK SERAM'.
 Anak kelahiran Felda Padang Piol,Jerantut Pahang ini kini sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan komik beliau seterusnya..dan difahamkan baru tiga(3) hari dipasarkan komik beliau telah terjual sebanyak tiga ribu naskah..itu adalah satu tanda permulaan yg baik untuk seorang pengkarya dan juga industri komik negara..insyaallah!!

                                                              SINOPSIS
 Himpunan tujuh(7) cerita-cerita misteri dan seram didalam sebuah komik yg unik.pasti ianya akan menjadi koleksi terbaik anda abad ini.antara cerita-ceritanya adalah,.....
        HOSPITAL LAMA - Kisah lima orang pemuda yg ingin menguji keberanian mereka dengan     menjejaki hantu disebuah hospital lama.
        PENANGGAL - Seorang pemuda tidak mengetahui ada 'benda lain' yg mengikutinya sepanjang perjalanan balik kerumah.
        HANTU DALAM BILIK - Aboy yg kusyuk bermain dengan robot kesayangannya,namun ada sesuatu yg ingin bermain dengannya!..
        KERANA MULUT - Kerana tidak menghormati seorang tua,syira..dibelengu sebuah misteri..
        PANTANG LARANG - Akibat melanggar pantang,Yazid menerima padahnya..
        IRI HATI - Kisah berkenaan dua gadis yg mempunyai iri hati dan hasad dengki diantara satu sama lain,namun perbuatannya itu memakan diri sendiri..
        HISTERIA - Liza tidak mengetahui sejarah silam keluarganya itu yg selama ini mempunyai saka dan terus berdamping dengannya selamanya.
 Dapatkanya dipasaran sekarang!!jadikanya sebagai koleksi peribadi anda..

1 comment:

  1. macam mne nk dptkan komik ni? sbb xde pon kat pasaran kelantan? tercari2 komik nie....

    ReplyDelete