Monday 27 June 2011


                                                       CEMAS DIPULAU ANGKASA
                                                         Penulis Oleh: Mazemie Maz
                                                       Illustrasi Oleh: Cocoon

  Sebuah lagi hasil karya yang berkualiti dari saudara Mazemie Maz dan illustrasi dalamnya pula dari pelukis baru yang sedang meningkat naik iaitu saudara Cocoon.Buku ini menceritakan dunia fiksyen kanak-kanak yang bertemakan makhluk asing dan angkasa lepas.kisah persahabatan dan keakraban sahabat yang harus dicontohi.ianya amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak yang sedang meningkat naik.

                                                               SINOPSIS

Ketika Hardi, Sarjit dan Hardiana sedang leka bermain layang-layang, tiba-tiba satu pancaran cahaya muncul dari langit. Sebuah kapal angkasa mendarat ke bumi. Keluar dua buah robot yang memiliki senjata canggih. Dua robot itu mengarahkan Hardi, Sarjit dan Hardiana menaiki kapal angkasa. Mereka dibawa ke sebuah ‘Pulau Angkasa’.

Apakah tujuan mereka dibawa ke ‘Pulau Angkasa’ dan adakah mereka akan terperangkap di pulau itu buat selama-lamanya?

No comments:

Post a Comment