Monday 27 June 2011

SIRI BUKU BACAAN MINDA KANAK-KANAK TERBAIK


                                                     PEDANG SAKTI DIGUA BERAPIT
                                                             Penulis Oleh: Mazemie Maz
                                                           Illustrasi Oleh: Zainal Buang Hussien

  Antara karya penulisan terbaik saudara Mazemie Maz dan gabungan pelukis illustrasi OTAI iaitu Saudara Hj Zainal Buang Hussien,kedua-duanya merupakan karyawan dan kartunis di Creative Enterprise suatu ketika dahulu.Buku ini adalah baik untuk anak-anak yg sedang meningkat naik dan disamping itu juga ianya penuh dengan jalan cerita yg baik yg juga penuh dengan kisah teladan yg boleh diikuti oleh anak-anak anda.

                                                                SINOPSIS

  Sultan Alam Buana  Megapura  mempunyai  dua  orang  putera  kembar, Putera Buana Megapura  dan  Putera  Buana  Cendana. Salah  seorang  daripada mereka  akan mengambil  alih  tahtanya.  Namun  baginda  tidak  ingin salah seorang berkecil  hati  apabila  tidak dilantik  menjadi  sultan.

  Pada   suatu  malam, baginda  bermimpi   didatangi  oleh seorang  dewa yang   tinggal   di  dalam   sebuah   Gua  Berapit. ‘Dewa’  tersebut  memberitahu kepada  Sultan  Alam  Buana  Megapura  bagaimana  cara menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Terdapat  sebilah  Pedang Sakti  diperbuat  daripada  emas  yang dijaga  oleh  Jin Buragas  di dalam Gua tersebut. ‘Dewa  tersebut  mencadangkan  sesiapa  yang berjaya  mengambil    Pedang Sakti   tersebut, dialah yang layak dilantik  menjadi  Sultan.

  Adakah Putera Buana Megapura  dan  Putera  Buana  Cendana  akan berjaya mendapatkan  Pedang Sakti  daripada Jin Buragas yang besar dan kuat itu? Dan siapakah  yang akan dilantik menjadi sultan di negeri Cendana Megapura?...





 *Dapatkan segera dipasaran untuk anak-anak anda sekarang!!..

No comments:

Post a Comment