Wednesday 6 July 2011

  


                                             SINOPSIS MENGENAL TIPU DAYA IBLIS

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah
 engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang 
membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendak
lah dia mendekatkan dirinya ke bumi. (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

  Buku Mengenal Tipu Daya Iblis ini memaparkan helah tipu daya iblis ke atas manusia 
samada kita sedari atau tidak sedari. Buku ini juga memaparkan cara-cara menangani tipu
 daya iblis berlandaskan syariat Islam. Semua kandungan yang dipaparkan menerusi buku ini
 dipetik dari Al-Qur’an dan Hadis serta pandangan para ulama’ muktabar.

  Adalah diharapkan, menerusi pembacaan buku ini akan timbul kesedaran kepada semua
 manusia, demi mengelakkan dari terpedaya dengan hasutan sang iblis yang sentiasa ingin 
menyesatkan umat Islam amnya.

1 comment:

  1. berapa lama masa yg diambil utk membuat keputusan pemilihan proposal ?

    ReplyDelete